-->

Sunday 30 December 2012

Apa Kata Anda?

Bismillah...

Apa khabar warga MPMMJ?  Moga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya.

Nampaknya, semester 1 bakal melabuhkan tirainya dan setiap daripada kita juga sedang berpeluh-peluh untuk imtihan nihaie.

Jadi di kesempatan ini, kami ingin mengajak anda semua untuk sama-sama meluangkan sedikit masa untuk merenung perjalanan Smart Group sepanjang semester ini.

Salam Imtihan Nihaie. Moga Allah redha.

Ayuh, kita berlumba ke menara gading
dan bergandingan ke syurga :) 

Klik di sini untuk lontaran idea ^^

Tuesday 11 December 2012

'Rock Berisi'


SRETT,, SRETT,, SRETT [belek buku]

Diam. Dia keras di atas kerusi. Tanda dia sudah masuk snorkeling mode. Menyelam sambil mencari mutiara ilmu.

KRECKK… [pintu dibuka]

"Wuu, hebat la Team Dragon Cure. Keeper dia……, perrrgh! Macam ada magnet. Dia hulur je tangan, papp! Terus melekat bola tu. Confirm punya bola tak masuk goal. Tapi sayang je yang last tu, sape ntah sedut power dia. Punya semangat dia lompat, alih-alih bola tu masuk kut bawah. Kalau tak, memang perfect habis la. Tabik spring uuu!"

Sepi.

"Woii!!!" Hans menjergah sambil menepuk meja.

"Astaghfirullahal 'azim. Fuuuh, melompat jantung aku! Bila kau muncul?"

"Kau memang, Zack, kalau dah bukak kitab tu, aku buat concert dalam bilik ni pun bukan kau dengar. Tiba-tiba macam tak korek telinga setahun. Harap Allah bagi aku suara petir ni je. Kalau tak, harem."

"Lepak laa. Kan aku tengah snorkeling ni. Fokus! Hehe." Dia menayang barisan gigi putihnya.

"Dah, dah. Tak payah nak buat iklan colgate pulak kat sini. Silau mata aku." Sepatas kilat dia terus memakai spek hitam yang tersangkut di leher bajunya sambil tersengih nakal.



"Woii, agak-agak la pakai spek hitam. Nanti aku grilled spek kau tu, menangis. Dah, kalau tak nak kebulur malam ni, pergi mandi cepat. Setengah jam lagi nak maghrib. Lepas solat kita makan."

"Fuyyo, grilled kut. Takut aku… Eh, turn aku kan hari ni?"

"Yup! Kau ready je kan?"

Hans hanya mengenyitkan mata sambil mengangkat ibu jari kanannya. Lantas bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

_____________________________________

[tengah makan]

"Kau tahu 3KP?" Hans memulakan bicara.

"KP sekolah mana pulak sampai ada 3 orang ni?"

"Ni bukan Ketua Pelajar mahupun Ketua Pengawas atau apa-apa saja yang sama waktu dengannya."

"Habis tu…………..… (berfikir) ……………….. Katak Puru? Kahkahkah!" Zack tertawa sendiri dengan tebakannya.



"Tulang ayam ni macam best kan? Kalau sumbat dalam mulut kau mesti lagi kaww! Grr.. Tang mana pulak katak puru ni. Mengarut je la."

"Relax bro. Tetiba pulak emo. Dah tu, apanya?" Pantas Zack mengangkat kedua-dua belah tangannya, tanda mengalah.

"Kejahilan, Kehinaan, Kemiskinan, Perpecahan."

"Significantnya??"

"3KP ni sebenarnya yang ikat manusia. Pastu Rasulullah pun datang bawak gunting tarbiyyah. Potong simpulan 3KP ni."

"Jahil? Zaman dulu ada la zaman jahiliyyah, zaman gelap bagai tu. Sekarang bukan setakat torch
light, spotlight pun ada. Takde dah gelap-gelap kelam ni semua."

Spotlight~


"Cuba kau tengok betul-betul. Perangai orang Islam sekarang, mengalahkan orang zaman jahiliyyah dulu. Jahiliyyah moden orang kata. Dengan akhlaknya, pakaiannya, fashionnya, obsess dengan barat,……………"

"Cop, cop,, kita ni hidup zaman purba ke yang kau duk kata orang Islam SEKARANG tu?"

"Pulak dah. Maksud aku, keadaan orang Islam sekarang ni dah macam dulu balik malah lebih teruk lagi. Aku bukan maksudkan semua tapi mereka ni la yang significant di mata dunia sekarang. Sampai non-muslim tak nampak apa bezanya orang Islam dengan mereka. Salah sape?"

"Mereka dan keluarga mereka." Zack buat iklan colgate dia lagi (opps, colgate boikot! Harap maklum).



"Aku pecahkan gigi kau guna tukul kuku kambing baru tau!" Hans memberi amaran. Tahu la gigi dentist-to-be tu cantik.

"Woii, jangan kau. Gigi mahal ni. Ingat senang ke nak jaga. " Terus Zack menekup mulutnya. Khuatir giginya akan diapa-apakan. Huhu.

"Ok, ok, aku serius. Hmm, salah sape? Semua orang ada bahagian sebenarnya. Dia sendiri yang tak belajar dan faham, cikgu yang tak ambik peluang untuk selitkan unsur2 Islam dalam pelajaran, masyarakat yang asyik dengan prinsip 'tak nak jaga tepi kain orang', pemimpin yang tak tekankan soal kefahaman Islam dalam pendidikan."

"Haa, tu dia. Dah keluar dah Zack The Ustaz Rock. Hehe." Hans tersenyum puas. Akhirnya sahabatnya yang satu itu mula melontarkan hujah.

"Bapak hebat gunting yang Rasulullah bawak. Kau tau apa materials dia?" Zack menimbulkan persoalan.

"Pastinya bukan calang-calang. Urat dawai tulang besi!"

"Weh, aku tau la kau Mr.Muscle. Tapi tak perlu kut sampai gunting pun nak berurat, bertulang semua."

"Gunakanlah Mr. Muscle Man! Hii~"

"Dah, cukup, cukup. Makin dilayan, makin merapu kau ni."

"Elleh, kau pun dua buku lima je~" ujar Hans sambil melagakan kedua-dua buku limanya. Dia memang begitu. Baginya, dua kali lima itu istilah lapuk. Jadi manusia berotak inovatif ini telah mereka cipta istilah baru, 'dua buku lima'.

"Yela, yela… Jadi tuan-tuan dan puan-puan, untuk memastikan daging anda berpengetahuan, terhormat serta memiliki kekayaan dan persaudaraan, pastikan daging anda direbus dengan t3." Zack dah mula buat rancangan memasak.

"Untuk mengetahui apakah t3 itu, kita tunggu selepas iklan dari penaja." Hans pula buat gaya ala-ala model iklan TV.

"Kembali lagi kita dalam rancangan 'Resepi Nenek, Turun Temurun' dengan menu kali ini, 'Daging Kaww Punya'. Jadi pastinya anda ternanti-nanti apakah t3 yang dikatakan sebentar tadi. Apa tunggu lagi? Jom, kita selongkar dapur~" Zack ni nampak je otai, rupanya chef terhandal di era ini.

"t3 yang dimaksudkan ialah 1 sudu tilawah (bacaan), 2 sudu tazkiyah (pembersihan diri) dan segenggam ta'lim (pembelajaran). Rebus sehingga daging empuk dan bersinar. Itulah resepi tarbiyyah ajaran Nabi." Sambung Zack sambil tersenyum. Dengan itu, berakhirlah rancangan 'Resepi Nenek, Turun Temurun' pada hari ini~




(Nikmat berkiblatkan Ka`abah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.
[2:151]


Eh, tadi rasa macam ada mention pasal turn Hans? Turn untuk apa sebenarnya?

Oh.., turn untuk isi gelas sampai penuh (baca: bagi pengisian) 


Friday 23 November 2012

Aku Mentor Berkaliber ?


Adakah mentee anda mengatakan.............,
Serious best laa mentor aku. Cara dia cakap pun dah buat aku terpaku. Hebat betul dia. Memang tabik spring laa !
 atau.......,

Boring giler ! Monotonous je. Aku pun boleh cakap kalau setakat baca silibus. Hampeh je! Nak jadi sangat mentor. Huh !

Komen anda pada mereka......., bagaimana ?

Semua datang dan bersemangat, walaupun ada seorang yang agak liat tapi masih tetap bersama kami menjalankan Smart Group. Kami bagaikan 1 happy family. Alhamdulillah ^^

mungkin juga begini.... ?

Setiap kali Smart Group, sorang dua je yang datang. Tapi takpa laa, asal buat. Silibus kena habis, kalau tak nampak sangat aku tak bertanggungjawab.


Anda mentor berkaliber ? Benarkah ?
Jangan lupa untuk mengisi spreadsheet ini sebagai penilaian keberkesanan Smart Group anda!

Irbid

Amman

Mafraq

Mu'tah

Terima kasih atas kerjasama anda.
Moga Allah permudahkan urusan kalian.. amiin..

Sunday 11 November 2012

One-stop Center



"What the.....?? Dah sampai diskusi kelima ?? Astaghfirullahal'azim... Sejak bila keluar diskusi kedua ni?" 
"Seriously ?? Punya la semangat tunggu keluar, alih-alih terus pecut sampai diskusi kelima. Aii, susah jugak kalau highway takde toll ni.. Penat laa nak kejar macam ni. Aduhai~"
-keluhan para mentor-


Sedar tak sedar, rupa-rupanya perkara ini terlepas pandang. Mungkin kesilapannya di pihak kami. Oleh itu, kami di pihak Mentor Council memohon kemaafan kepada para mentor seandainya perkara ini menyulitkan urusan antum.

Untuk memudahkan urusan mentor yang dirahmati Allah sekalian, kami menyediakan maktabah khusus untuk memudahan antum terus mendapatkan bahan yang diperlukan.

Jemput ke one-stop center kami :)

Dialu-alukan untuk mengdownload mana-mana bahan untuk dijadikan pemudah bicara mengemudi bahtera Smart Group.

Moga bermanfaat.. amiin..


Monday 29 October 2012

[Kalam Ayahanda]


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mahasiswa dan mahasiswi yang dikasihi sekalian,


        Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t, Tuhan semesta alam. Selawat serta salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta seluruh muslimin dan muslimat.


        Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh Kepimpinan Mentor Council (MC), Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) bagi sesi 2012/2013 atas usaha keras dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan amanah yang diberikan bagi memastikan program Smart Group di seluruh Jordan berjalan dengan baik dan lancar.


        Saya berharap dengan tertubuhnya Mentor Council (MC), program Smart Group ini dapat diselaraskan dengan lebih baik iaitu dengan mengambilkira kesesuaian waktu, penggunaan silibus yang sesuai serta kemantapan isu-isu yang dibicarakan. Program Smart Group yang diadakan bukan setakat sekadar menyediakan satu forum kepada mahasiswa untuk berbincang tentang isu-isu dan cabaran semasa, akan tetapi menuntut mahasiswa supaya menjadi lebih kritis dan informatif dalam membahaskan sesuatu perkara berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang tepat. Adab dan bahasa yang digunakan ketika berbincang dan berhujah seharusnya berhemah lagi berhikmah agar apa yang disampaikan dapat dilakukan secara terhormat lagi konstruktif.


        Sebagai seorang yang berstatus mahasiswa, adalah amat penting bagi mahasiswa untuk membuka minda seluas-luasnya dengan mendengar, melihat, membaca dan meneliti setiap maklumat dan fakta yang datang daripada pelbagai sumber, seterusnya menggunakan justifikasi dan pertimbangan yang bijaksana dalam menyatakan kebenaran. Jangan sesekali terpengaruh dengan sesuatu perkara yang kita tidak tahu asal-usul, kebenaran dan kesahihannya, sebaliknya selidikilah dahulu secara ilmiah dengan pertimbangan yang wajar lagi ikhlas.


        Program ini juga diharapkan mampu meningkatkan ukhuwwah dan silaturrahim dalam kalangan pelajar Malaysia di Jordan di samping menjadi program perkongsian ilmu dan pengetahuan yang pintar. Berbahas dan berdebatlah secara ilmiah, raikan setiap pandangan dan idea, jangan ketepikan sebarang cadangan penyelesaian serta carilah konsesus walau sesusah mana sekalipun isu yang dibincang. Saya berkeyakinan jika program Smart Group ini dimanfaatkan dengan baik, maka ia mampu memberikan kekuatan minda dan fikiran kepada setiap pelajar yang mengikutinya dan yang lebih penting lagi ialah kekuatan dan kemajuan kepada agama, bangsa dan negara.


        Di kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua mahasiswa Jordan agar dapat memberikan komitmen yang jitu terhadap program Smart Group ini dengan melihatnya sebagai peluang yang terbaik dalam pembentukan sahsiah mahasiswa muslim yang lebih berketerampilan.


Sekian dan selamat berdiskusi.



Prof. Madya. Dr. Mohd Azidan Bin Abdul Jabar
Pengarah
Education Malaysia Jordan (EMJ)

Thursday 11 October 2012

[Muslim 24 Jam]


Fuiiyyo...., macam best je~
Cover depan pun dah menarik. Warna-warni kut...

Khas untuk mentee Tahun 1.



Laa, Tahun 1 je ke? Tak syok la macam ni. Nak jugak boleh ke?

Mesti la boleh ^^ Khusus untuk Tahun 1 tapi tempahan dibuka untuk semua.



Seriously..?? Ni best ni... Erm..., mahal tak?

Harga? JD 2 je.



Apa yang best ?

Macam-macam ada. Insya-Allah semuanya bermanfaat. Article dari Ustaz Anhar Opir pun ada tau!



Laa, tunggu apa lagi ? Go! Klik terus link kat bawah ni. Selamat menempah~

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGdqNDlpT1VGUk1vYXh5eUlXaXhFbkE6MQ





Khas untuk anda~




Tuesday 2 October 2012

Tertanya-tanya ??


Anda bertanya,
kami menjawab.

Semoga bermanfaat.


1.       Apa maksud Smart Group, Mentee, Mentor, Mursyid dan Murobbi? Kenapa tidak dikekalkan sahaja istilah-istilah seperti nuqaba’, usrah dan yang seumpama dengannya?

Jawapan :

Smart Group  à usrah
Mentee              à ahli usrah/smart group yang dikendalikan Mentor
Mentor              à Naqib/ah smart group yang dianggotai Mentee
Mursyid            à Naqib/ah Smart group yang dianggotai Mentor
Murabbi            à Naqib/ah smart group yang dianggotai Mursyid /
                                      penyampai dalam liqa' Mursyid

Mentor Council pada sesi lepas sebenarnya telah mula mengubah beberapa istilah lama ke istilah baru dengan harapan sedikit perubahan yang dibawa ini mampu memberi nafas baru yang lebih segar ke dalam dunia tarbiyah mahasiswa Malaysia di Jordan.

2.       Apa bezanya antara Mentor Council dengan PINTAR, TDI, MECO & MURABBI?

Jawapan :
Mentor Council merupakan sebuah unit di bawah Badan Koordinator Sahsiah & Kepimpinan yang mengetuai dan menyelaraskan gerak kerja Smart Group di setiap mantiqah, melalui PINTAR (Irbid), MECO (Mafraq), TDI (Mu’tah) dan Murabbi (Amman). Mentor Council lebih berperanan di peringkat se-Jordan, manakala PINTAR, MECO, TDI dan Murabbi berperanan di peringkat mantiqah masing-masing sebagai pelaksana dasar-dasar Mentor Council.

3.       Fokus Mentor Council hanya khusus untuk mentee sahaja?

Jawapan :
Untuk sesi kali ini, Mentor Council meletakkan fokusnya bukan sahaja kepada mentee iaitu melalui silibus dan program, tetapi terdapat beberapa juga perancangan yang disusun bagi membentuk kredibiliti para mentor dan mursyid  sebagai individu yang bakal mengendalikan smart group. Antaranya target-target bulanan yang perlu dicapai mentor dan mursyid, program-program seperti Konvensyen Mentor, Induksi Mentor dan banyak lagi.



4.       Apa perbezaan silibus Mentee, Mentor dan Mursyid?

Jawapan :
Dalam Smart Group, mentee akan diberikan bahan ringkasan silibus. Manakala mentor pula akan memperoleh kertas kerja silibus dan Mursyid pula akan memperoleh kertas kerja silibus yang sama diperoleh mentor beserta softcopy bahan-bahan rujukan tambahan.

5.       Mentor perlu hadiri Smart Group berapa kali sebulan? Mentee pula berapa kali?

Jawapan :
Untuk makluman semua, dalam sistem Smart Group yang telah di susun, terdapat 3 peringkat Smart Group.



Bagi Smart Group Mentee-Mentor, kekerapan yang dicadangkan adalah seminggu sekali berdasarkan silibus yang telah disusun. Namun, ianya tertakluk juga kepada kemampuan dan kreativiti Mentor dan mentee. Manakala Smart Group Mentor-Mursyid dan Mursyid-Murobbi pula adalah tertakluk kepada Mentor, Mursyid dan Murobbi. Cuma kekerapan yang dicadangkan adalah sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi tidak membebankan Mentor dan Mursyid.

6.       Untuk mahasiswa/i yang baru datang seperti uniKL tahun 2, IKIP tahun 3 dan tajsir, mereka akan dimasukkan ke dalam Smart Group tahun berapa?
Jawapan :
Bagi mahasiswa/i tajsir, mereka akan dimasukkan ke dalam Smart Group tahun 1. Manakala untuk mahasiswa uniKL dan IKIP mereka akan ditempatkan di dalam Smart Group batch mereka. Perkara ini telah diputuskan atas beberapa releven.



Monday 24 September 2012

Untuk Semua Rasa Allah Hebat :)



"Versus ?? Hlovate ?? Famous kut..."
"Doctor yang tulis buku ni......! Hebat betul ! Tabik spring laa !"
"Heroines dia mesti pakai tudung punya."

Hlovate....., sebut saja nama ini, pasti ramai yang mengenali beliau terutama dalam kalangan pelajar sekolah dan  mahasiswa. Apa yang menarik sebenarnya pada karya beliau?

.Sempoi.
.Lepak.
.Santai.
...............dan yang penting, penuh berisi !


Antara karya Hlovate [ Bukan hanya Versus, kebanyakan karya beliau biasanya berkenaan dengan penghijrahan seseorang kepada yang lebih baik]


      Jika anda perhatikan dan mengikuti perkembangan artis-artis tanah air, semakin ramai antara mereka yang sudah memulakan langkah untuk berhijrah. Sedar tidak sedar, rupa-rupanya usrah (atau lebih dikenali sebagai Smart Group di Jordan) telah berjaya mengubah kehidupan seseorang sebanyak 180', dari buruk kepada baik, jahiliyyah kepada mukmin, dari tanpa arah kepada sujud menghadap Tuhan.

      Jadi, anda selaku mentor (nuqaba'), jangan sesekali lepaskan peluang untuk merebut sebanyak mungkin pahala dalam memimpin tangan-tangan mentee anda ke arah jalan yang diredhai-Nya. Jangan pernah merasa jemu untuk menyambung perjuangan Nabi, jangan pernah putus asa. Teruskan usaha anda agar nanti kita semua dapat sama-sama berganding di Jannah milik-Nya kelak. amiin..

        


      Apa anda tunggu lagi? Mari, luangkan 5 minit anda untuk meneroka tips-tips untuk menjadi mentor yang hebat dan cemerlang. Insya-Allah, bulatan gembira yang akan berjalan nanti akan dilimpahi rahmat dan barakah-Nya serta disulami keceriaan dan kasih sayang.


           
Tip no. 1 – Sentiasa menyemat  amanah dan kepercayaan organisasi (MPMMJ dan persatuan zon) terhadap kita dalam bergelar naqib/naqibah. Perbaharui niat dan tekad menggalas tanggungjawab dan pengabdian kepada Allah SWT. Ingatlah, setiap nuqaba memikul tanggungjawab untuk melaksanakan usrah pada SETIAP bulan. Bukankah setiap muslim itu adalah pendakwah? .......dan, kita sepatutnya bersyukur bahawa kita memegang title sebagai nuqaba dan mampu melaksanakan dakwah secara terus kepada ahli-ahli usrah. Selamat datang ke gelanggang dakwah! Moga istiqamah menjadi kita bersama.


MPMMJ + Persatuan Zon


Tip no. 2 – Pertingkatkan kemahiran memudahcara proses pembelajaran ahli usrah, mengikut kemampuan masing-masing. Ketahuilah keperluan pembelajaran (learning needs), kekuatan, bakat, kelemahan dan kekurangan mereka. Tempoh lama-baru menjadi nuqaba’ bukan penanda aras keberkesanan mengendalikan usrah, sebaliknya penguasaan dalam aspek komunikasi belajar berkumpulan.


Tip no. 3– Mulakan usrah kita  dengan meminta setiap ahli menulis di atas sekeping kertas – TIGA Hasil Pembelajaran /HP (learning outcomes) yang ingin dicapainya melalui sesi usrah bersama anda. Tulislah pula TIGA objektif utama mengapa kita menjadi naqib/naqibah kumpulan usrah tersebut. Bincangkan HP(Hasil Pembelajaran) mereka dan objektif anda bersama2. Adakah di sana titik temu antara apa yang diharapkan oleh ahli usrah kita dan apa yang mahu kita capai?


Tip no. 4 – Selami hati setiap ahli usrah kita, baca bahasa badan mereka – adakah mereka gembira hadir di sesi usrah kita kali ini? Ataupun mereka kelihatan resah, gelisah, tidak ceria, bosan dan tidak sabar mahu pulang? Sebelum menyalahkan mereka, apalah salahnya melihat kepada tahap prestasi kita sebagai naqib/naqibah. Moga Allah memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri!


Tip no. 5 – Wujudkan suasana segar dan  penuh keceriaan dalam sesi usrah kita. Segar – lantaran perkongsian ilmu yang menyuluh & memimpin. Ceria – dek kehangatan ukhuwwah & tautan hati manusia ikhlas yang mahu Allah melihat kesungguhan mereka. Wujudkan pelbagai variety dalam melaksanakan usrah seperti bermain bowling, bola sepak, menonton video dan sebagainya.


Mari berusrah semua! Inilah dia bulatan gembira yang tidak boleh dijual beli, hiburan hati yang sejati! Cari bulatan gembira anda juga agar hati ini berbunga kembali. Usrah wajar dijadikan santapan mingguan untuk rohani. Berbunga dengan minda dan jiwa yang lebih dekat dengan Ilahi!




Baca ni jugak untuk tambahan:
- bulatan gembira
- titipan istimewa

[Konvesyen Mentor]


Dibawakan khas untuk para mentor dan mursyid !

Jom, pakat datang ramai-ramai :)




Etika pemakaian:

-kemas
-berblazer/jaket


Yuran:

4 JOD (bagi peserta Irbid) , 5 JOD ( bagi peserta Amman, Mafraq, Mutah) merangkumi makanan, kertas kerja, kenderaan, dan watikah pelantikan.





Forum
"Mentor Cemerlang, Smart Group Terbilang"



Nantikan....
[Sabtu, 29 September 2012, 13 Zulkaedah 1433]

Jangan lupa isi borang ye ^^
Kalau terlepas, rugi~~
*Tarikh tutup borang: 9pm, 27 September 2012


[Usrah Biar Lepak, Tarbiyyah Biar Gempak]

Thursday 30 August 2012

Kau Apa Hal ??

Bismillah...

"Kau ape hal ??"

Pernah tak buat gaya macam Daffy Duck tu ?
[angguk-angguk]
Cantik ke ?
Tak langsung !!
Lain kali jangan buat. Kan Allah dah cipta kita cantik-cantik J

.Sombong.
.Berlagak.
.Arrogant.
.Takabbur.

Sama saja semua… Makna yang sama,, rasa diri hebat dari orang lain.

Huish, hebatnya kita…!
Siapa yang buat kita jadi hebat ?
Siapa yang buat orang nampak kita hebat ?

Allah Yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu

Macam mana kita boleh hebat di mata manusia sedangkan kita banyak kekurangan ?
Sebab Allah tutup aib dan kelemahan kita dari pandangan mereka.
Bersyukurkah kita ?
Jarang sekali..

Firman Allah dalam Surah As-Sajadah, ayat 9 :

"……………………. Sedikit sekali di kalangan kamu yang bersyukur."

Ramai yang terlalu sombong sehingga asyik complaint saja tapi lupa untuk bersyukur.

Apabila disebut tentang sombong, mindaku terbang menghinggap pada kisah kesombongan pertama di dunia.
Kisah apakah itu?
Kisah iblis yang enggan bersujud pada Nabi Adam a.s.
Apa lagi, mari kita tinjau !



Kisah penciptaan Adam, ketaatan malaikat dan kesombongan iblis ini sudah terukir jelas dalam kalamullah yang agung dalam surah Al-Baqarah, ayat 30-34:


"[30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui".
[31] Dan dia telah mengajarkan Nabi Adam, segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
[32] Malaikat menjawab: "Maha suci Engkau! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
[33] Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
[34] Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir."


Sombongnya iblis !!
Jadi, siapa yang sombong, sama la macam iblis laknatullah !

Kenapa ye iblis sombong sangat ?
Sebab dia rasa dia hebat !
Because of ??
Iblis dicipta daripada…………………………………….. API !!



Sedangkan Nabi Adam dicipta daripada tanah liat. Api boleh membakar dan musnahkan banyak benda, tanah liat boleh buat apa ??
Sebab tu la iblis sombong.

Jom buat 1 eksperimen...!
Cuba baling tanah ke atas.
Tanah akan jatuh kan ?
Api, andai dilontar ke bawah sekalipun, pasti akan menyambar ke atas !
Lihat saja sifat tanah dan api, berbeza bukan ?

Sebagai manusia yang asal kejadiannya daripada tanah, kita sepatutnya mencontohi sifat tanah. Walau setinggi manapun disanjung, tetap merendah diri dan bersyukur. Kerana kita tahu bahawa segala nikmat yang kita peroleh adalah kurniaan daripada Allah.

Mengapa perlu menyombongkan diri ? Kita bukan api yang meskipun sudah dipijak-pijak tetap ingin berbangga diri.

Tapi,, tapi,, tapi………………… kita kan dari air mani.
Ya, betul ! Walau bagaimanapun, sifatnya  tetap sama dengan tanah.
Jadi, tiada alasan untuk kita tidak mencontohi sifat tanah.

Imam Besar kita sering mengingatkan dalam sabda Baginda, mafhumnya:

Tengok ! Shin Chan pun pandai~

Siapa nak masuk syurga ?
[angkat tangan] Saya!! Saya!!
Kalau macam tu, cepat halau sifat sombong.
Shuhh, shuhh, shuhh !!!

Jangan lupa, Allah tu…………………..,,

The Supremely Great, The Possessor of all Rights,
The Perfection of Greatness

Siapa kita untuk memakai pakaian Al-Khaliq, sedangkan kita hanyalah makhluk ?

-Salam Mujahadah-