-->

Monday 24 September 2012

Untuk Semua Rasa Allah Hebat :)



"Versus ?? Hlovate ?? Famous kut..."
"Doctor yang tulis buku ni......! Hebat betul ! Tabik spring laa !"
"Heroines dia mesti pakai tudung punya."

Hlovate....., sebut saja nama ini, pasti ramai yang mengenali beliau terutama dalam kalangan pelajar sekolah dan  mahasiswa. Apa yang menarik sebenarnya pada karya beliau?

.Sempoi.
.Lepak.
.Santai.
...............dan yang penting, penuh berisi !


Antara karya Hlovate [ Bukan hanya Versus, kebanyakan karya beliau biasanya berkenaan dengan penghijrahan seseorang kepada yang lebih baik]


      Jika anda perhatikan dan mengikuti perkembangan artis-artis tanah air, semakin ramai antara mereka yang sudah memulakan langkah untuk berhijrah. Sedar tidak sedar, rupa-rupanya usrah (atau lebih dikenali sebagai Smart Group di Jordan) telah berjaya mengubah kehidupan seseorang sebanyak 180', dari buruk kepada baik, jahiliyyah kepada mukmin, dari tanpa arah kepada sujud menghadap Tuhan.

      Jadi, anda selaku mentor (nuqaba'), jangan sesekali lepaskan peluang untuk merebut sebanyak mungkin pahala dalam memimpin tangan-tangan mentee anda ke arah jalan yang diredhai-Nya. Jangan pernah merasa jemu untuk menyambung perjuangan Nabi, jangan pernah putus asa. Teruskan usaha anda agar nanti kita semua dapat sama-sama berganding di Jannah milik-Nya kelak. amiin..

        


      Apa anda tunggu lagi? Mari, luangkan 5 minit anda untuk meneroka tips-tips untuk menjadi mentor yang hebat dan cemerlang. Insya-Allah, bulatan gembira yang akan berjalan nanti akan dilimpahi rahmat dan barakah-Nya serta disulami keceriaan dan kasih sayang.


           
Tip no. 1 – Sentiasa menyemat  amanah dan kepercayaan organisasi (MPMMJ dan persatuan zon) terhadap kita dalam bergelar naqib/naqibah. Perbaharui niat dan tekad menggalas tanggungjawab dan pengabdian kepada Allah SWT. Ingatlah, setiap nuqaba memikul tanggungjawab untuk melaksanakan usrah pada SETIAP bulan. Bukankah setiap muslim itu adalah pendakwah? .......dan, kita sepatutnya bersyukur bahawa kita memegang title sebagai nuqaba dan mampu melaksanakan dakwah secara terus kepada ahli-ahli usrah. Selamat datang ke gelanggang dakwah! Moga istiqamah menjadi kita bersama.


MPMMJ + Persatuan Zon


Tip no. 2 – Pertingkatkan kemahiran memudahcara proses pembelajaran ahli usrah, mengikut kemampuan masing-masing. Ketahuilah keperluan pembelajaran (learning needs), kekuatan, bakat, kelemahan dan kekurangan mereka. Tempoh lama-baru menjadi nuqaba’ bukan penanda aras keberkesanan mengendalikan usrah, sebaliknya penguasaan dalam aspek komunikasi belajar berkumpulan.


Tip no. 3– Mulakan usrah kita  dengan meminta setiap ahli menulis di atas sekeping kertas – TIGA Hasil Pembelajaran /HP (learning outcomes) yang ingin dicapainya melalui sesi usrah bersama anda. Tulislah pula TIGA objektif utama mengapa kita menjadi naqib/naqibah kumpulan usrah tersebut. Bincangkan HP(Hasil Pembelajaran) mereka dan objektif anda bersama2. Adakah di sana titik temu antara apa yang diharapkan oleh ahli usrah kita dan apa yang mahu kita capai?


Tip no. 4 – Selami hati setiap ahli usrah kita, baca bahasa badan mereka – adakah mereka gembira hadir di sesi usrah kita kali ini? Ataupun mereka kelihatan resah, gelisah, tidak ceria, bosan dan tidak sabar mahu pulang? Sebelum menyalahkan mereka, apalah salahnya melihat kepada tahap prestasi kita sebagai naqib/naqibah. Moga Allah memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri!


Tip no. 5 – Wujudkan suasana segar dan  penuh keceriaan dalam sesi usrah kita. Segar – lantaran perkongsian ilmu yang menyuluh & memimpin. Ceria – dek kehangatan ukhuwwah & tautan hati manusia ikhlas yang mahu Allah melihat kesungguhan mereka. Wujudkan pelbagai variety dalam melaksanakan usrah seperti bermain bowling, bola sepak, menonton video dan sebagainya.


Mari berusrah semua! Inilah dia bulatan gembira yang tidak boleh dijual beli, hiburan hati yang sejati! Cari bulatan gembira anda juga agar hati ini berbunga kembali. Usrah wajar dijadikan santapan mingguan untuk rohani. Berbunga dengan minda dan jiwa yang lebih dekat dengan Ilahi!




Baca ni jugak untuk tambahan:
- bulatan gembira
- titipan istimewa

[Konvesyen Mentor]


Dibawakan khas untuk para mentor dan mursyid !

Jom, pakat datang ramai-ramai :)




Etika pemakaian:

-kemas
-berblazer/jaket


Yuran:

4 JOD (bagi peserta Irbid) , 5 JOD ( bagi peserta Amman, Mafraq, Mutah) merangkumi makanan, kertas kerja, kenderaan, dan watikah pelantikan.





Forum
"Mentor Cemerlang, Smart Group Terbilang"



Nantikan....
[Sabtu, 29 September 2012, 13 Zulkaedah 1433]

Jangan lupa isi borang ye ^^
Kalau terlepas, rugi~~
*Tarikh tutup borang: 9pm, 27 September 2012


[Usrah Biar Lepak, Tarbiyyah Biar Gempak]