-->

Tuesday 11 December 2012

'Rock Berisi'


SRETT,, SRETT,, SRETT [belek buku]

Diam. Dia keras di atas kerusi. Tanda dia sudah masuk snorkeling mode. Menyelam sambil mencari mutiara ilmu.

KRECKK… [pintu dibuka]

"Wuu, hebat la Team Dragon Cure. Keeper dia……, perrrgh! Macam ada magnet. Dia hulur je tangan, papp! Terus melekat bola tu. Confirm punya bola tak masuk goal. Tapi sayang je yang last tu, sape ntah sedut power dia. Punya semangat dia lompat, alih-alih bola tu masuk kut bawah. Kalau tak, memang perfect habis la. Tabik spring uuu!"

Sepi.

"Woii!!!" Hans menjergah sambil menepuk meja.

"Astaghfirullahal 'azim. Fuuuh, melompat jantung aku! Bila kau muncul?"

"Kau memang, Zack, kalau dah bukak kitab tu, aku buat concert dalam bilik ni pun bukan kau dengar. Tiba-tiba macam tak korek telinga setahun. Harap Allah bagi aku suara petir ni je. Kalau tak, harem."

"Lepak laa. Kan aku tengah snorkeling ni. Fokus! Hehe." Dia menayang barisan gigi putihnya.

"Dah, dah. Tak payah nak buat iklan colgate pulak kat sini. Silau mata aku." Sepatas kilat dia terus memakai spek hitam yang tersangkut di leher bajunya sambil tersengih nakal.



"Woii, agak-agak la pakai spek hitam. Nanti aku grilled spek kau tu, menangis. Dah, kalau tak nak kebulur malam ni, pergi mandi cepat. Setengah jam lagi nak maghrib. Lepas solat kita makan."

"Fuyyo, grilled kut. Takut aku… Eh, turn aku kan hari ni?"

"Yup! Kau ready je kan?"

Hans hanya mengenyitkan mata sambil mengangkat ibu jari kanannya. Lantas bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

_____________________________________

[tengah makan]

"Kau tahu 3KP?" Hans memulakan bicara.

"KP sekolah mana pulak sampai ada 3 orang ni?"

"Ni bukan Ketua Pelajar mahupun Ketua Pengawas atau apa-apa saja yang sama waktu dengannya."

"Habis tu…………..… (berfikir) ……………….. Katak Puru? Kahkahkah!" Zack tertawa sendiri dengan tebakannya.



"Tulang ayam ni macam best kan? Kalau sumbat dalam mulut kau mesti lagi kaww! Grr.. Tang mana pulak katak puru ni. Mengarut je la."

"Relax bro. Tetiba pulak emo. Dah tu, apanya?" Pantas Zack mengangkat kedua-dua belah tangannya, tanda mengalah.

"Kejahilan, Kehinaan, Kemiskinan, Perpecahan."

"Significantnya??"

"3KP ni sebenarnya yang ikat manusia. Pastu Rasulullah pun datang bawak gunting tarbiyyah. Potong simpulan 3KP ni."

"Jahil? Zaman dulu ada la zaman jahiliyyah, zaman gelap bagai tu. Sekarang bukan setakat torch
light, spotlight pun ada. Takde dah gelap-gelap kelam ni semua."

Spotlight~


"Cuba kau tengok betul-betul. Perangai orang Islam sekarang, mengalahkan orang zaman jahiliyyah dulu. Jahiliyyah moden orang kata. Dengan akhlaknya, pakaiannya, fashionnya, obsess dengan barat,……………"

"Cop, cop,, kita ni hidup zaman purba ke yang kau duk kata orang Islam SEKARANG tu?"

"Pulak dah. Maksud aku, keadaan orang Islam sekarang ni dah macam dulu balik malah lebih teruk lagi. Aku bukan maksudkan semua tapi mereka ni la yang significant di mata dunia sekarang. Sampai non-muslim tak nampak apa bezanya orang Islam dengan mereka. Salah sape?"

"Mereka dan keluarga mereka." Zack buat iklan colgate dia lagi (opps, colgate boikot! Harap maklum).



"Aku pecahkan gigi kau guna tukul kuku kambing baru tau!" Hans memberi amaran. Tahu la gigi dentist-to-be tu cantik.

"Woii, jangan kau. Gigi mahal ni. Ingat senang ke nak jaga. " Terus Zack menekup mulutnya. Khuatir giginya akan diapa-apakan. Huhu.

"Ok, ok, aku serius. Hmm, salah sape? Semua orang ada bahagian sebenarnya. Dia sendiri yang tak belajar dan faham, cikgu yang tak ambik peluang untuk selitkan unsur2 Islam dalam pelajaran, masyarakat yang asyik dengan prinsip 'tak nak jaga tepi kain orang', pemimpin yang tak tekankan soal kefahaman Islam dalam pendidikan."

"Haa, tu dia. Dah keluar dah Zack The Ustaz Rock. Hehe." Hans tersenyum puas. Akhirnya sahabatnya yang satu itu mula melontarkan hujah.

"Bapak hebat gunting yang Rasulullah bawak. Kau tau apa materials dia?" Zack menimbulkan persoalan.

"Pastinya bukan calang-calang. Urat dawai tulang besi!"

"Weh, aku tau la kau Mr.Muscle. Tapi tak perlu kut sampai gunting pun nak berurat, bertulang semua."

"Gunakanlah Mr. Muscle Man! Hii~"

"Dah, cukup, cukup. Makin dilayan, makin merapu kau ni."

"Elleh, kau pun dua buku lima je~" ujar Hans sambil melagakan kedua-dua buku limanya. Dia memang begitu. Baginya, dua kali lima itu istilah lapuk. Jadi manusia berotak inovatif ini telah mereka cipta istilah baru, 'dua buku lima'.

"Yela, yela… Jadi tuan-tuan dan puan-puan, untuk memastikan daging anda berpengetahuan, terhormat serta memiliki kekayaan dan persaudaraan, pastikan daging anda direbus dengan t3." Zack dah mula buat rancangan memasak.

"Untuk mengetahui apakah t3 itu, kita tunggu selepas iklan dari penaja." Hans pula buat gaya ala-ala model iklan TV.

"Kembali lagi kita dalam rancangan 'Resepi Nenek, Turun Temurun' dengan menu kali ini, 'Daging Kaww Punya'. Jadi pastinya anda ternanti-nanti apakah t3 yang dikatakan sebentar tadi. Apa tunggu lagi? Jom, kita selongkar dapur~" Zack ni nampak je otai, rupanya chef terhandal di era ini.

"t3 yang dimaksudkan ialah 1 sudu tilawah (bacaan), 2 sudu tazkiyah (pembersihan diri) dan segenggam ta'lim (pembelajaran). Rebus sehingga daging empuk dan bersinar. Itulah resepi tarbiyyah ajaran Nabi." Sambung Zack sambil tersenyum. Dengan itu, berakhirlah rancangan 'Resepi Nenek, Turun Temurun' pada hari ini~




(Nikmat berkiblatkan Ka`abah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.
[2:151]


Eh, tadi rasa macam ada mention pasal turn Hans? Turn untuk apa sebenarnya?

Oh.., turn untuk isi gelas sampai penuh (baca: bagi pengisian) 


0 comments:

Post a Comment