-->

Tuesday 2 October 2012

Tertanya-tanya ??


Anda bertanya,
kami menjawab.

Semoga bermanfaat.


1.       Apa maksud Smart Group, Mentee, Mentor, Mursyid dan Murobbi? Kenapa tidak dikekalkan sahaja istilah-istilah seperti nuqaba’, usrah dan yang seumpama dengannya?

Jawapan :

Smart Group  à usrah
Mentee              à ahli usrah/smart group yang dikendalikan Mentor
Mentor              à Naqib/ah smart group yang dianggotai Mentee
Mursyid            à Naqib/ah Smart group yang dianggotai Mentor
Murabbi            à Naqib/ah smart group yang dianggotai Mursyid /
                                      penyampai dalam liqa' Mursyid

Mentor Council pada sesi lepas sebenarnya telah mula mengubah beberapa istilah lama ke istilah baru dengan harapan sedikit perubahan yang dibawa ini mampu memberi nafas baru yang lebih segar ke dalam dunia tarbiyah mahasiswa Malaysia di Jordan.

2.       Apa bezanya antara Mentor Council dengan PINTAR, TDI, MECO & MURABBI?

Jawapan :
Mentor Council merupakan sebuah unit di bawah Badan Koordinator Sahsiah & Kepimpinan yang mengetuai dan menyelaraskan gerak kerja Smart Group di setiap mantiqah, melalui PINTAR (Irbid), MECO (Mafraq), TDI (Mu’tah) dan Murabbi (Amman). Mentor Council lebih berperanan di peringkat se-Jordan, manakala PINTAR, MECO, TDI dan Murabbi berperanan di peringkat mantiqah masing-masing sebagai pelaksana dasar-dasar Mentor Council.

3.       Fokus Mentor Council hanya khusus untuk mentee sahaja?

Jawapan :
Untuk sesi kali ini, Mentor Council meletakkan fokusnya bukan sahaja kepada mentee iaitu melalui silibus dan program, tetapi terdapat beberapa juga perancangan yang disusun bagi membentuk kredibiliti para mentor dan mursyid  sebagai individu yang bakal mengendalikan smart group. Antaranya target-target bulanan yang perlu dicapai mentor dan mursyid, program-program seperti Konvensyen Mentor, Induksi Mentor dan banyak lagi.



4.       Apa perbezaan silibus Mentee, Mentor dan Mursyid?

Jawapan :
Dalam Smart Group, mentee akan diberikan bahan ringkasan silibus. Manakala mentor pula akan memperoleh kertas kerja silibus dan Mursyid pula akan memperoleh kertas kerja silibus yang sama diperoleh mentor beserta softcopy bahan-bahan rujukan tambahan.

5.       Mentor perlu hadiri Smart Group berapa kali sebulan? Mentee pula berapa kali?

Jawapan :
Untuk makluman semua, dalam sistem Smart Group yang telah di susun, terdapat 3 peringkat Smart Group.



Bagi Smart Group Mentee-Mentor, kekerapan yang dicadangkan adalah seminggu sekali berdasarkan silibus yang telah disusun. Namun, ianya tertakluk juga kepada kemampuan dan kreativiti Mentor dan mentee. Manakala Smart Group Mentor-Mursyid dan Mursyid-Murobbi pula adalah tertakluk kepada Mentor, Mursyid dan Murobbi. Cuma kekerapan yang dicadangkan adalah sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi tidak membebankan Mentor dan Mursyid.

6.       Untuk mahasiswa/i yang baru datang seperti uniKL tahun 2, IKIP tahun 3 dan tajsir, mereka akan dimasukkan ke dalam Smart Group tahun berapa?
Jawapan :
Bagi mahasiswa/i tajsir, mereka akan dimasukkan ke dalam Smart Group tahun 1. Manakala untuk mahasiswa uniKL dan IKIP mereka akan ditempatkan di dalam Smart Group batch mereka. Perkara ini telah diputuskan atas beberapa releven.



0 comments:

Post a Comment