-->

Saturday 18 August 2012

Ta'aruf


بسم الله الرحمن الرحيم

MC ?? Apa tu ??
Kata orang,  
 "Tak kenal, maka tak cinta"
 Kami pula kata : 
"Tak kenal, maka ta'aruf"  
  Mari berkenalan dengan kami!

Pengenalan


            Alhamdulillah, pada 7 Oktober 2011, Mentor Council (MC), sebuah lagi unit di bawah Majlis Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) telah berjaya ditubuhkan. Sejajar dengan agenda MPMMJ, iaitu pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Jordan, Mentor Council ditubuhkan bagi memantau dan mengetuai perjalanan Smart Group di setiap mantiqah. Seterusnya, bagi memperkemaskan pengurusan Mentor Council, unit ini telah diletakkan di bawah sebuah badan yang baru ditubuhkan di bawah MPMMJ pada tahun 2012, iaitu Badan Koordinator Sahsiah dan Kepimpinan.

            Semoga pada masa akan datang, Mentor Council dapat terus mempertingkatkan serta memperbaiki fungsi sebagai sebuah unit yang mampu membentuk mahasiswa mukmin yang ideal dalam mendepani dunia hari ini selain mempersiapkan umat menghadapi akhirat. Insya-Allah, agenda ini mampu dicapai melalui perancangan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dan hasil kerjasama semua mahasiswa di Jordan.



Dah kenal? Sekarang, jom kita tengok apa yang MC nak capai~


Objektif


1.      Mewujudkan sistem Smart Group yang lebih tersusun.

2.      Menyelaraskan pelaksanaan Smart Group di seluruh Jordan.

3.      Melahirkan mahasiswa Malaysia di Jordan yang mempunyai fikrah dan akhlak Islamiyyah yang syumul.

Jadi, apa yang MC nak buat untuk capai objektif ni? Teruskan membaca~


Peranan


1.      Badan Penyelaras Organisasi Smart Group (PINTAR, MECO, TDI dan MUROBBI) di seluruh Jordan.

2.      Membekalkan silibus Smart Group kepada seluruh Persatuan Zon di Jordan.

3.      Memantau dan memastikan kelancaran perjalanan Smart Group yang dikelolakan semua Persatuan Zon di Jordan.

4.      Menjalankan analisis keberkesanan Smart Group yang dikelolakan semua Persatuan Zon di Jordan, melalui borang-borang yang telah diedarkan.

5.      Menyediakan medium latihan buat para mentor bagi melahirkan para mentor yang berkebolehan mengendalikan Smart Group.

6.      Menerapkan roh usrah di dalam jiwa mahasiswa Malaysia di Jordan.



MC ada logo tak? Nak tengok!


Logo



- 4 orang yang berlainan warna :
  • mewakili 4 mantiqah (Irbid, Mu’tah, Mafraq dan Amman) yang dinaungi oleh MPMMJ
Shadow :
  • diumpamakan seperti teduhan, yang membawa maksud, setiap mantiqah saling membantu (memberi teduhan) dalam sesuatu urusan
- logo MPMMJ di tengah-tengah shooting target :
  • menunjukkan Mentor Council merupakan sebuah unit yang bernaung di bawah MPMMJ



Selain logo, apa lagi identiti MC?


Tagline


"Usrah Biar Lepak, Tarbiyyah Biar Gempak"



Selepas ni, kalau nampak logo dan tagline ni, tu adalah kami, Mentor Council MPMMJ. Jangan lupa ikuti perkembangan lanjut dari kami.

Sekian…


Rujukan
Smart Group : Kumpulan usrah
* Mentor         : Nuqaba'

0 comments:

Post a Comment