-->

Thursday 14 March 2013

Password Terbaik!




"Password." Keningku terangkat. Lama ku renung wajah mulus itu. Namun, tiada jawapan.

"Password." Sepatah kata itu diulang. Sungguh, aku masih tidak mengerti apa mahunya. Oh, please say something!

Dia hanya tersenyum. Lucu barangkali melihat aku yang selalunya bajet cool ni gabra. Heh~

Muktamad. Aku bergerak ke tengah halaman. Aku merenung bangunan yang berdiri megah di hadapanku. Lama. Beberapa kali aku mengelipkan mata. Tidak cukup dengan itu, mata yang keliru itu digosok perlahan. Dikelipkan lagi beberapa kali. Namun masih seperti itu, masih banglo 2 tingkat yang baru sahaja ku jejaki minggu lalu.

Perlahan-lahan aku melangkah ke pintu, dan berhenti di hadapannya.

"Sejak bila kau bertukar jadi gambar mak cik gemuk?" Dia terpinga-pinga. Pertanyaan yang tidak terjangka dariku.

"Weh, aku tahu la aku dah naik 3 kilo. Agak-agak la nak kata aku gemuk pun. Siap package pulak tu. Dengan mak cik sekali pun dapat kat aku. Apa tua sangat ke aku ni." Terburai tawaku mendengar balasannya.

"Fine la gelakkan aku." Dia menarik muncung.

"Ni nak bertukar jadi Woody Woodpecker pulak ke?" sakatku dengan ketawa yang bersisa.

"Kau ni ada je idea nak kenakan aku. Hish!" Geram betul dia dengan perangaiku yang gemar menyakat orang.

"Habis tu, yang kau bajet rumah kau ni Hogwarts, apa kes? Duk password bagai~"



"Kau ni amnesia ke apa? Orang lain lulus je aku tebuk."

"Tebuk pulak dah. Aduh la, woodpecker betul. Aku bukan masuk pertandingan hafazan nak main tebuk-tebuk ni." Sungguh aku tak faham dengan kejadian hari ni.

"Woodpecker ke, Pinocchio ke, apa ke, password tetap password!" Dia bertegas. Garu kepala. Mana la aku nak cari password ni.

"Caput Draconis?" Pap! Laju tangannya menampar lenganku. Aku memandangnya, menangih jawapan.

"Memang rumah aku Gryffindor kan. Betul-betul la weh!"

"Aku serious tak tahu. Clue?"

"Mangkuk tingkat 4." Huh? Apakah semua ini………… Sungguh aku tidak mengerti.



"Tolong jangan buat muka blur, Nyss. Ingat balik, please."

Aku berusaha mengerah ingatan sedaya mungkin. Menyelongkar kembali memori bersama mangkuk tingkat. Huhu~

Maka…………,

"Aahaa! Mangkuk tingkat = aku saja isi air mana pikir boleh cari kari fight masa untuk mereka. Ni kan?" Dia tersenyum gembira.

"Ingat pun formula mengarut kau ni. Go, mangkuk tingkat 4!"

"Berpengetahuan luas," ujarku pantas.

"Access granted!" Aku tersenyum bahagia. Oh, akhirnya………



Mangkuk tingkat = Muwassafat tarbiyyah
Aku saja = Aqidah yang sejahtera
Isi = Ibadah yang sahih
Air Mana = Akhlak yang mantap
Pikir = Berpengetahuan luas
Boleh cari = Badan yang cergas
Kari = Mampu berdikari
Fight = Melawan nafsu
Masa = Menjaga masa
Untuk = Tersusun urusannya
Mereka = Bermanfaat untuk orang lain





# P/s:

Formula ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan mengingati 10 muwassafat tarbiyyah. Tidak bertujuan untuk mencemarkan nilai yang terkandung dalam muwassafat tarbiyyah itu sendiri. Maka jika anda mempunyai cara yang lebih baik, maka teruskan.

0 comments:

Post a Comment